Tarikh melaporkan diri untuk pelajar Tingkatan Enam Bawah 2010 adalah pada 10 Mei 2010. Mulai 3 Mei 2010, pelajar boleh melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.emoe.gov.my untuk menyemak dan mencetak sendiri surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:
1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.

2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi      8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN        MATA PELAJARAN
I                                Bahasa Melayu
II                              Bahasa Inggeris
III                            Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV                             Sejarah
V                               Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI                            Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
VII                          Matematik / Matematik Tambahan
VIII                        Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX                             Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X                               Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
XI                             Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil
XII                           Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains   Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di sekolah berkenaan.

ATAU

2. (B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 14 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN          MATA PELAJARAN
I                                  Matematik / Matematik Tambahan
II                                Fizik
III                             Kimia
IV                              Biologi
V                                Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam /Pengajian Kejuruteraan                                      Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian  Agroteknologi /                                 Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(B), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di sekolah berkenaan.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.